fb fb fb fb fb

16 lelaki asyik judi sabung ayam dicekup polis

(FOTO POLIS KOTA TINGGI)

KOTA TINGGI, 9 Oktober- 16 lelaki termasuk tiga warga asing ditahan polis, disyaki terlibat kegiatan judi sabung ayam di Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi, Johor 12 tengah hari semalam.

Kesemua suspek berumur 25 sehingga 60 tahun diberkas ketika sedang leka menjalankan aktiviti judi.    

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, DSP Nik Azahan Nik Aziz menerusi kenyataannya berkata, lapan ekor ayam jantan dipercayai digunakan bagi aktiviti tersebut dirampas.

Turut dirampas, gelanggang, peralatan laga ayam serta wang tunai berjumlah RM5, 473.

Dua daripada suspek pula positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32(1)(a)  dan 32 (2) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Selain Seksyen 6(1)( c ) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

(FOTO POLIS KOTA TINGGI)

Media Baharu