fb fb fb fb fb

Bunuh isteri guna dumbel: Suami didakwa

Izzat didakwa menyebabkan kematian isterinya Nurul Qurraisyia Zulkafli, 33, pada 14 Dis 2023 lalu/FOTO BERNAMA

SHAH ALAM, 21 Disember - Seorang lelaki dipercayai memukul isterinya dengan dumbel dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Izzat Saat, 38, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Izzat didakwa menyebabkan kematian Nurul Qurraisyia Zulkafli, 33, di sebuah rumah di Jalan Congkak Seksyen 32 di sini pada kira-kira pukul 10.30 malam, 14 Dis 2023 hingga 10.30 pagi 16 Dis 2023.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saidah Fasihah Che Yussoff manakala tertuduh diwakili peguam Rezal Mazli Abdul Muin.

Majistret Farah Rosnan menetapkan 19 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan bedah siasat serta forensik. - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN