fb fb fb fb fb

Bertindak kasar, lelaki tempatan ditahan

Foto hiasan

KUCHING, 16 Jun- Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun kerana bertindak kasar ke atas seorang lelaki berumur 57 tahun dalam satu kejadian di Jalan Patingan, Kuching semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, dalam satu klip video berdurasi 33 saat yang tular itu memaparkan suspek telah menyerang mangsa dengan menolak dan memarahi mangsa di tepi satu jalan.

Menerusi hasil siasatan yang dilakukan, suspek mengaku terlibat dalam pergaduhan terbabit.

Suspek yang juga mempunyai rekod jenayah lampau itu disiasat bawah seksyen 323/506 kanun keseksaan itu berdepan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI