fb fb fb fb fb

Bekas doktor kerugian RM3.9 juta selepas sertai pelaburan tidak wujud

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin. -Foto BERNAMA

IPOH, 13 Jun- Seorang pesara doktor mengalami kerugian RM3.9 juta selepas terpedaya dengan satu pelaburan tidak wujud dikenali sebagai Johor Royalty Investment, sejak 11 tahun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, mangsa lelaki warga emas berusia 74 tahun itu telah berkenalan dengan suspek sejak 2014 melalui mendiang isterinya.

Mangsa didakwa telah dihubungi suspek bagi menawarkan pelaburan berkenaan dan berminat menyertainya berikutan mempercayai suspek yang juga merupakan rakan kepada mendiang isterinya.

Pada 17 Disember 2024, mangsa bertindak menyerahkan RM12,000 secara bersemuka kepada suspek di sebuah bank di Ipoh.

Sehingga 9 April lalu, mangsa telah menyerahkan wang secara tunai dan juga dimasukkkan ke dalam akaun bank atas nama suspek.

Mangsa mula berasa tertipu apabila sehingga kini tidak pernah menerima sebarang keuntungan hasil pelaburan tersebut malah suspek kerap memberi alasan berkaitan hal itu.

Laporan polis dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SITI NOORAIN ABDULLAH