KOTA KINABALU, 9 Ogos – Proses bedah siasat terhadap jenazah Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi esok di Hospital Queen Elizabeth Satu (HQE1), Kota Kinabalu.
Malam ini, suasana di perkarangan hospital berkenaan kelihatan tenang, namun tetap sarat dengan debaran menanti ketibaan jenazah yang kini dalam perjalanan dari Sipitang.
Difahamkan, van jenazah yang diiringi sebuah kereta polis dijangka tiba lewat malam ini, sebelum dibawa terus ke Unit Forensik bagi persiapan awal proses bedah siasat.
Beberapa petugas hospital dilihat bersiap sedia di lokasi, dengan anggota keselamatan turut memantau kawasan sekitar bagi memastikan kelancaran urusan.