fb fb fb fb fb

Banduan mengaku liwat rakan sama sel

Akhirin Jufri, 47

AYER KEROH, 29 Disember- Seorang banduan mengaku bersalah atas pertuduhan meliwat rakan satu sel tanpa kerelaan dalam kejadian pada November lalu.

Akhirin Jufri, 47, membuat pengakuan itu sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Mohd Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen sini, Melaka.

Mengikut dua pertuduhan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, dia didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dengan cara memaksa mangsa yang berusia 22 tahun.
 
Akhirin Jufri turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan dengan memasukkan jari ke dalam dubur mangsa sama.
 
Kesemua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.00 tengah malam, 25 November lalu di dalam sebuah sel Kompleks Penjara Sungai Udang.
 
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon tarikh baharu sementara menunggu fakta kes.
 
Mahkamah menetapkan 10 Januari ini sebagai tarikh hukuman sementara menunggu fakta lengkap kes berkenaan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA