fb fb fb fb fb

AMK buat laporan polis ugutan bakar rumah PM

FOTO RTM

BUKIT MERTAJAM, 10 September– Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat dua laporan polis terhadap seorang individu yang mengeluarkan ugutan membakar rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kiriman di media sosial, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, semalam, selepas kenyataan berunsur ugutan berkenaan tular di media sosial.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang, Shamil Suhairi berkata, tindakan itu sebagai teguran kepada pihak yang mengeluarkan ancaman berkenaan.

"Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia menghormati Perdana Menteri. Walaupun tidak setuju sekalipun, teguran boleh dibuat secara baik tanpa menggugat keamanan negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan bersama ketua-ketua AMK Pulau Pinang.

SITI AISHAH BINTI MD ISA