fb fb fb fb fb

Aktiviti seludup tayar, pemalsuan dokumen sebabkan kerugian RM350 juta tumpas - SPRM

Foto SPRM

SHAH ALAM, 29 September – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan tayar dan pemalsuan dokumen import serta eksport yang menyebabkan kerajaan kerugian cukai kira-kira RM350 juta sejak tahun 2020.

Serbuan menerusi 'Op Grip' yang dijalankan serentak di 23 buah premis sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor hari ini, melibatkan syarikat pengimport tayar, gudang dan kontena simpanan tayar.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, serbuan itu diketuai Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"SPRM turut membekukan akaun bank peribadi dan syarikat bernilai kira-kira RM70 juta.

"Tumpuan siasatan kini adalah mengesan aset lain yang dipercayai diperoleh melalui kegiatan pengubahan wang haram", katanya di sini, hari ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Datuk Mohamad Zamri menegaskan, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui rasuah, pengubahan wang haram dan penyeludupan yang merugikan negara.

Trainee