fb fb fb fb fb

Rampas barang seludup bernilai RM209 juta - JKDM Selangor

Foto RTM

PELABUHAN KLANG, 29 September – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor berjaya menumpaskan 539 kes pelbagai cubaan penyeludupan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM209.17 juta.

Ia termasuk cukai dan duti, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

Pengarah JKDM Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, antara komoditi yang dirampas adalahh minuman keras, tembakau, mercun, dadah, skrap besi, barangan elektrik dan daging sejuk beku.

Minuman keras mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu 57 kes dengan nilai RM6.8 juta dan cukai RM28.9 juta.

Manakala kes rokok pula sebanyak 39 kes dengan nilai rampasan RM3.23 juta serta cukai RM26.33 juta.

"Jadi permntaan (minuman keras) adalah cukup tinggi dan itu yang menyebabkan ramai yang cuba membawa masuk duti minuman keras agak tinggi, jadi orang akan mengelak untuk membayar duti permintaan banyak", katanya dalam sidang media di Wisma JKDM Selangor Pulau Indah di sini, hari ini.

Tambah beliau, antara kejayaan terkini JKDM adalah penahanan dua kontena bersaiz 40 kaki di Zon Bebas Pelabuhan Utara pada 15 Julai dan 1 Ogos lalu, yang membawa 654 unit mangkuk tandas dan 1,600 unit sinki tanpa sijil kelulusan.

Ia dengan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM852,400 dengan cukai berjumlah RM319,650.

Mohamad Azhar berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang larangan tanpa permit sah serta Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana membuat pengikraran palsu.

Trainee