RANTAU PANJANG, 12 Januari-Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan menyeludup arak dan pelbagai jenis barangan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan pukul 5.15 petang Sabtu.
AKPS dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak enam botol wain yang diseludup dari Thailand dirampas setelah ditemukan dalam pemeriksaan rutin di laluan penumpang.
Selain arak, pelbagai produk kosmetik, perubatan, dan makanan turut dirampas membabitkan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM165,500
Katanya, seorang lelaki warganegara Malaysia telah diperiksa dalam kejadian itu dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam menggunakan nombor pendaftaran Malaysia.
Penyeludupan barangan terbabit merupakan kesalahan di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.
Katanya, semua barang rampasan termasuk kenderaan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Kelantan untuk tindakan lanjut.