fb fb fb fb fb

'Abang Bas' direman lima hari, muat naik video kanak-kanak

Seorang pemandu bas direman sehingga 11 September ini bagi membantu siasatan berhubung kes memuat naik video kanak-kanak di dalam bas ke akaun media sosial miliknya / Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 6 September - Seorang pemandu bas direman sehingga 11 September ini bagi membantu siasatan berhubung kes memuat naik video kanak-kanak di dalam bas ke akaun media sosial miliknya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Batu Pahat, Suhaila Safi'uddin.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek lelaki berumur 24 tahun yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ di media sosial ditahan pada pukul 2:57 pagi tadi di Simpang Renggam, Kluang.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik video tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(3) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN