KUALA KURAU, 22 Februari- Kira-kira 63 unit bubu naga dirampas Maritim Malaysia Zon Kuala Kurau di kedudukan 5.4-batu nautika Barat Laut Pulau Kalumpang, pada Jumaat.
Pengarahnya Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata bubu berkenaan dikesan ketika rondaan rutin sepasukan anggota pada pukul 8.00 malam semalam.
Kesemua bubu naga bernilai lebih RM7,000 dirampas dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
63 unit bubu naga dirampas di Kuala Kurau
