BAU, 5 Julai- Seorang pemuda dari Opar ditahan polis kerana memiliki enam paket dadah jenis syabu seberat 13.39 gram dalam satu operasi di Bau, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Dr. Daram Ruer berkata, suspek ditahan sekitar pukul 12.00 tengah hari selepas kenderaan yang dipandunya dilihat berhenti dalam keadaan mencurigakan di bahu Jalan Bau Lama.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek dan kenderaannya menemukan sebuah beg tangan berwarna hitam yang mengandungi enam paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu, dianggarkan bernilai RM1,300,” katanya ketika dihubungi RTM, pagi tadi.
Tambah beliau, hasil saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.