MERSING, 27 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan enam nelayan tempatan di perairan Mersing, Johor, semalam, disyaki positif dadah.
Penahanan dibuat semasa OP JAKSA, OP TIRIS dan OP BERSAMA Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kedudukan 3.3 batu nautika Timur Laut Tanjung Kempit.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, ujian air kencing ke atas enam individu berkenaan mendapati masing-masing positif amphetamine dan methamphetamine.
Turut ditemui dua tiub plastik dipercayai Syabu, milik salah seorang yang ditahan.
Semua nelayan berusia antara 21 hingga 52 tahun itu kemudiannya dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 Dan Akta Imigresen 1959/63.