fb fb fb fb fb

55 saman dikeluarkan dalam Op Khas Lampu Merah di Padang Terap

FOTO POLIS DAERAH PADANG TERAP

PADANG TERAP, 8 Oktober - Sebanyak 55 saman dikeluarkan terhadap pemandu dan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas, khususnya kesalahan melanggar lampu isyarat, dalam Op Khas Lampu Merah yang dijalankan di Jalan Pokok Sena-Kuala Nerang, hari ini.

Operasi berkenaan dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap yang diketuai Inspektor Muhamad Fadli Maslan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Penguasa Polis Supt Abdull Razak Osman berkata, operasi tersebut antara lain bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

Beliau berkata, tindakan seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di daerah itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE