fb fb fb fb fb

4 lelaki ditahan, salah guna dadah

Foto hiasan

BETONG. 11 Oktober - Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar Pekan Saratok dan kawasan Kabong/Roban.

Ketua Polis Daerah Saratok Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mathew Manggie dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua suspek ditahan semasa Op Tapis Khas, semalam.

"Operasi dijalankan Pasukan Petugas Khas bertujuan mengesan dan menangkap pesalah yang mengedar serta menggunakan dadah di daerah berkenaan.

"Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 32 dan 47 tahun. Keputusan saringan air kencing kesemua suspek juga positif dadah," menurut kenyataan itu.

Kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI