fb fb fb fb fb

29 warga asing ditahan dalam Op Sapu di Kuantan

JIM melakukan operasi bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi semalam/Foto JIM Pahang

KUANTAN, 16 Julai - Seramai 29 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang dalam operasi di beberapa premis sekitar daerah ini awal pagi semalam.

JIM Pahang dalam kenyataan memaklumkan operasi bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi itu melibatkan 18 pegawai penguat kuasa.

“Seramai 34 individu diperiksa kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Daripada jumlah itu, 29 ditahan dan direman 14 hari di Depot Imigresen Kemayan mengikut Seksyen 51(5)(b) akta sama,” menurut hantaran itu di Facebook hari ini.

JIM Pahang berkata pemilik premis yang disyaki menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) sedang dikesan untuk membantu siasatan.

“Tindakan perundangan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras kebanjiran PATI di negeri ini,” menurut kenyataan itu lagi.

GRACE AISYAH KEDAYAN