fb fb fb fb fb

351 'airsoft gun' bernilai lebih RM100,000 dirampas

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar / Foto RTM

BATU BERENDAM, 16 Julai - Polis merampas 351 pucuk pistol mainan jenis 'airsoft gun' bernilai lebih RM100,000 dalam satu serbuan di sebuah stor di Taman Teknologi Cheng di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pistol mainan tersebut dipercayai dibawa masuk melalui pintu sempadan negara dan dijual pada harga RM300 sepucuk.

Katanya, dalam serbuan yang dijalankan, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang juga penjata stor turut ditahan untuk siasatan lanjut.

"Sebenarnya, syarikat ini telah memiliki lesen penjualan senjata tiruan sejak tahun lepas namun gagal memperbaharuinya.

Apabila kita mengesan kegagalan memperbaharui lesen tersebut, pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat senjata tiruan yang dijual menyerupai senjata api sebenar, iaitu jenis 'airsoft gun' yang tidak dibenarkan dijual.

1607 MLK POLIS PISTOL TIRUAN 3Pistol mainan jenis 'airsoft gun' yang dirampas.

Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pemilik sebenar serta mengesan sumber bekalan senjata berkenaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana kesalahan memiliki dan mengimport senjata tiruan.

1607 MLK POLIS PISTOL TIRUAN 2Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika menunjukkan pistol mainan jenis 'airsoft gun' yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Batu Berendam.

 

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE