fb fb fb fb fb

244 botol minuman keras tiruan dirampas sekitar ibu negara

244 botol minuman keras pelbagai jenama disyaki tiruan anggaran melebihi RM100,000 di dua buah pusat hiburan sekitar ibu negara dirampas

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur berjaya merampas 244 botol minuman keras pelbagai jenama disyaki tiruan anggaran melebihi RM100,000 di dua buah pusat hiburan sekitar ibu negara pada Khamis lalu.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dipercayai pengurus pusat hiburan terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita percaya yang barang tiruan ni dari tempatan sebab ini gred bukan 'triple' A dari luar, kita tengok gred B.

"Prosedur operasi standard (SOP) apabila berdepan dengan keadaan ini adalah mengenakan tindakan ke atas premis atau syarikat atau individu yang melaksanakan barangan jualan," kata Mohd Sabri dalam satu disang media di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 yang boleh didenda hingga RM30,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan cap dagangan salah.

Siasatan lanjut akan dilakukan bersama pihak kastam berkenaan setem cukai minuman keras yang disyaki palsu dan pihak berkaitan juga boleh disiasat kerana disyaki melanggar seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI