fb fb fb fb fb

21 warga asing disekat, diarah patah balik ikut laluan sama

Sidang media di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM, 12 Ogos - 21 lagi warga asing disekat masuk ke Malaysia melalui pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah diarah berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk sama.
 
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, asing berusia 20-an hingga 40-an yang disyaki bukan pelancong tulen itu terdiri daripada empat lelaki warga China; dua lelaki dan 13 wanita warga Thailand; dan masing-masing seorang lelaki warga India dan Pakistan.
 
"21 Notis Penolakan Masuk (NPM) telah dikeluarkan terhadap warga asing tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati, kebanyakkan warga asing terbabit tidak mempunyai pasport yang sah termasuk pas sempadan rosak.
 
"Malah ada yang mempunyai kewangan yang meragukan untuk datang ke Malaysia. Semua individu terbabit telah diarah berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini.
 
Tindakan diambil dibawah Seksyen 8 (3), Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memenuhi syarat kemasukan sebagai pelawat ke Malaysia.
 
Proses penolakan masuk dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pekeliling jabatan yang sedang berkuatkuasa.
 
SAC Mohd Nasaruddin bercakap kepada pemberita pada sidang media di pejabat AKPS Bukit Kayu Hitam, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI