KUCHING, 23 Ogos – Sebanyak 21 motosikal milik pelajar dikesan melakukan pelbagai kesalahan jalan raya dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di sebuah sekolah di sini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dalam kenyataan media memaklumkan, pemeriksaan tersebut diadakan sempena Program Advokasi dan Penguatkuasaan Merdeka.
Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memasang cermin sisi serta cukai jalan tamat tempoh.
Semua pelajar yang terlibat telah dikenakan notis ketidakakuran di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, seramai 415 pelajar turut diberikan pendedahan mengenai aspek keselamatan jalan raya sepanjang program berkenaan.