fb fb fb fb fb

Cubaan seludup dadah lebih 11 kilogram di perairan Pulau Pinang gagal

Foto hiasan

GEORGE TOWN, 24 Ogos – Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang merampas lebih 11 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM352,000 dalam operasi berhampiran Tanjung Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, ACP Rusley Chi Ari berkata, pasukan operasi mengesan pergerakan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan yang dipercayai menuju ke perairan Indonesia.

Bagaimanapun, suspek memecut laju selepas menyedari kehadiran polis dan membuang beberapa objek ke laut ketika insiden kejar-mengejar berlaku.

“Hasil carian di lokasi berkenaan membawa kepada penemuan 11 bungkusan berwarna kuning keemasan bertulis Guangyinwang Refined Chinese Tea yang disyaki mengandungi dadah,” katanya.

Kes diserahkan kepada bahagian narkotik untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN