fb fb fb fb fb

20 PATI libat tiga negara ditahan di Langkawi

Antara PATI yang ditahan pihak JIM dalam operasi semalam

LANGKAWI, 11 Julai – Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar kawasan Teluk Ewa, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, sebanyak tiga premis diperiksa membabitkan 57 individu daripada pelbagai negara.

Tahanan melibatkan 17 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga China dan seorang lelaki warga Indonesia, berusia antara 22 hingga 53 tahun.

Operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah bersama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah membuat serbuan di kediaman pekerja asing dan kawasan sekitar.

“Hasil pemeriksaan, 20 individu ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Kesemua PATI dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, JIM Kedah akan terus mempergiatkan operasi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini sentiasa terjamin.

GRACE AISYAH KEDAYAN