fb fb fb fb fb

18 lelaki ditahan, terlibat pergaduhan di dewan sekolah

Tangkap layar kejadian pergaduhan di sebuah dewan sekolah di Pekan Nenas

PONTIAN, 7 Julai -Polis menahan 18 lelaki berumur 17 hingga 48 tahun di sini, dipercayai terlibat pergaduhan di dewan sekolah di Pekan Nenas, pada 4 julai lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib dalam satu kenyataan memaklumkan, tangkapan dibuat semalam dan kelmarin, susulan aduan diterima berhubung pergaduhan tersebut.

"Siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham dalam kalangan pembida berkenaan harga barang-barang yang dijual oleh pihak tokong.

Semua suspek direman sehingga 9 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," menurut kenyataan itu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video atau maklumat yang belum disahkan.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pontian, 07-686 9999.

Sebelum ini pergaduhan tersebut tular di media sosial, memaparkan sekumpulan individu membaling kerusi di dalam sebuah dewan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI