fb fb fb fb fb

Isteri suspek maut ditembak polis ditahan, sepucuk pistol dirampas

Seorang lelaki yang maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Puteri Jaya, Sg Petani, malam tadi/ Foto Polis Daerah Kuala Muda

SUNGAI PETANI, 6 Julai- Polis menahan isteri kepada seorang lelaki yang maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Puteri Jaya, Sg Petani, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan di rumah sewa pasangan berkenaan yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sepucuk pistol hasil pemeriksaan di kediaman terbabit.

Beliau bercakap pada sidang media di Sg Petani.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Julai untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 34 tahun  maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis pada pukul 7.50 malam tadi di Bandar Puteri Jaya.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan dua lagi individu yang ditembak mati dalam kejadian di Jitra, Kedah pada pagi semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

ROSLINA BINTI DIN