fb fb fb fb fb

16 individu ditahan dalam Op Perdana oleh AADK Sibu

14 daripada mereka disahkan positif dadah / Foto AADK SIBU

SIBU, 23 Ogos – Seramai 16 individu ditahan selepas beberapa sarang penagihan dadah diserbu menerusi Op Perdana yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu di sekitar bandar ini, pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan AADK Sibu menerusi hantaran di Facebook, kesemua individu terbabit berusia antara 24 hingga 49 tahun.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati 14 daripada mereka disahkan positif dadah.

AADK Daerah Sibu memaklumkan bahawa operasi seumpama ini amat penting dalam usaha membersihkan kawasan berisiko tinggi serta menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif kepada masyarakat setempat.

“AADK komited untuk terus mempergiatkan operasi pengesanan, penahanan dan pencegahan penyalahgunaan dadah secara berterusan,” menurut kenyataan itu.

HASRON BIN HASSAN