KUCHING, 23 Ogos – Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam dua operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Sarawak menerusi Ops Gegar dan Ops Sapu di sekitar Kuching.
Menurut kenyataan media jabatan itu, operasi berkenaan dijalankan bermula malam 22 Ogos hingga awal pagi 23 Ogos dengan menyasarkan lima buah rumah sewa di Batu Kawa dan Matang, serta sebuah premis hiburan di pusat bandar.
Daripada 93 individu yang diperiksa, seramai 73 lelaki warga Indonesia, seorang wanita warga Vietnam dan lima wanita warga Filipina ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, serta menyalahgunakan pas lawatan.
Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.