fb fb fb fb fb

153 jeti haram akan diroboh mulai Oktober

Foto RTM

KOTA BHARU, 21 September -Sebanyak 153 daripada 212 jeti pangkalan haram yang dibina di atas tanah milik kerajaan akan dirobohkan bermula Oktober ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tindakan terhadap pembinaan jeti pangkalan haram di atas tanah persendirian pula akan diteliti dari sudut undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing.

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) akan mengetuai operasi perobohan jeti pangkalan haram itu, dengan kerjasama pelbagai agensi lain termasuk pihak keselamatan yang akan bertanggungjawab mengawal keadaan dan mengelak sebarang insiden yang tidak diingini seperti rusuhan.

"Jadi jeti haram ini semua sekali ada 212 jeti haram, 153 adalah bawah tanah kerajaan dan sekarang ini kita dalam proses pasang notis perobohan inshallah pertengahan bulan Oktober ini kita akan runtuh lah semua jeti-jeti haram di tanah kerajaan dulu," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.

Katanya, setakat ini tiada sebarang bantahan diterima daripada penduduk kerana mereka sudah memahami dan sedia maklum sejak penutupan pangkalan haram pada Disember tahun lalu bagi mengelakkan berlakunya jenayah rentas sempadan, khususnya yang membabitkan penyeludupan dadah dan senjata api.
 
 

TETITIA YUSOFF