fb fb fb fb fb

14 PATI berdepan hukuman penjara, denda dan sebatan

Mereka terdiri sebelas warga Filipina dan tiga warga Indonesia- BERNAMA

LABUAN, 21 Mei - Seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) berdepan dengan hukuman penjara, denda dan sebatan atas pelbagai kesalahan Imigresen selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam.

Mereka terdiri sebelas warga Filipina dan tiga warga Indonesia.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

Dakwaan dibuat bawah Seksyen 6(1)(c) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima bulan serta satu sebatan.

Kesemua mereka mengaku bersalah di hadapan hakim Kasyfurrahman Abang Ahmad.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Labuan Raymond Entalai dalam kenyataannya mengulangi komitmennya untuk terus menguatkuasakan tindakan terhadap PATI.

Pendakwaan juga boleh dikenakan kepada majikan atau pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen sah seperti yang diperuntukkan bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

JALALUDDIN BIN BAHARIN