KULAI, 21 Disember-129 individu terdiri daripada 74 lelaki dan 54 wanita warga asing, serta seorang majikan sebuah kilang di Senai, Johor ditahan Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan pada 19 Disember lalu.
Semua pekerja asing itu dipercayai menggunakan dokumen pengenalan warga tempatan bagi mendapatkan pekerjaan di kilang tersebut.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan berkata, serbuan dijalankan susulan tangkapan empat warga asing dalam operasi sebelum itu, yang didapati menggunakan identiti warga tempatan.
Semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Operasi dikilang sama juga berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak warga Filipina berusia 12 dan 13 tahun, yang bekerja di premis berkenaan.
Seorang lelaki tempatan, 44 tahun yang juga pegawai sumber manusia kilang itu ditahan bagi siasatan mengeikut Akta Antipemerdagangan Orang da Antipenyeludupan Migran 2007.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan itu dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Imigresen Kompleks KDN Setia Tropika untuk tindakan lanjut.
Dalam operasi sama, Jabatan Pendaftaran menahan tiga lelaki dan dua wanita ditahan, selepas didapati memiliki dan menggunakan kad pengenalan milik orang lain.
Kes disiasat mengikut Peraturan 25, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.