SHAH ALAM, 29 Ogos - Seramai 12 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seorang daripada mereka dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut.
“Polis belum lagi kemukakan laporan penuh. Saya dimaklumkan 12 orang ditahan malam itu, dan seorang daripadanya ada kaitan secara langsung. Kita beri ruang kepada pihak polis untuk jalankan siasatan, dan insya-Allah proses berjalan secara adil,” katanya.
Beliau menegaskan, kerajaan negeri memberi ruang penuh kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara telus sambil terus memantau perkembangan kes itu.