PARIT BUNTAR, 19 September - Sejumlah 102 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi disita dalam serbuan Ops Gasak 2025 di sebuah premis perniagaan di Jalan Pantai Kuala Kurau, di sini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamaluddin Ismail, berkata semua tong LPG 12 kilogram dan 14 kilogram itu disimpan tanpa kebenaran, dengan nilai rampasan dianggarkan RM31,000.
Turut disita sebuah lori serta beberapa dokumen berkaitan.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, kerana menyimpan barang kawalan berjadual tanpa permit.