JOHOR BAHRU, 2 Februari - Polis menahan tujuh wanita warga asing dengan tiga lelaki tempatan di Taman Bukit Indah, di sini pada 25 Januari lalu kerana dipercayai terlibat sindiket pelacuran.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis S. M. M. Kumar dalam satu kenyataan berkata, tangkapan suspek yang berumur 26 hingga 56 tahun itu dijalankan menerusi tiga serbuan.
"Suspek wanita terdiri daripada lima warga Thailand dan seorang warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai pekerja seks.
Manakala tiga lelaki tempatan bekerja sebagai pengurus rumah persundalan serta penghantar, dan seorang Wanita warga China terlibat, sebagai penolong pengurus rumah persundalan," katanya.
Turut dirampas 15 buah telefon bimbit, dua anak kunci rumah, peralatan untuk pelacuran dan wang tunai bernilai RM49,600.
Sindiket juga dipercayai terlibat dengan aktiviti dadah susulan penemuan pelbagai jenis dadah seberat 2,580.80 gram.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 A, 372 B, dan 373 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 6 ( 1 ) ( C), dan Seksyen 55 E, Akta Imigresen 1959/63.