fb fb fb fb fb

Sembilan individu mengaku tidak bersalah terlibat penipuan skim pelaburan

Kesemua tertuduh diiringi polis ketika tiba di mahkamah

IPOH, 2 Februari- Sembilan individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan terlibat dengan penipuan skim pelaburan yang menyalahi undang-undang pada pertengahan bulan lalu.

Kesemua tertuduh berusia antara 14 hingga 47  tahun.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan satu pakat jahat jenayah bersetuju melakukan penipuan skim pelaburan yang menyalahi undang-undang di sebuah rumah di Meru Valley Resort, Ipoh pada 17 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B (1) Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun, sebat dan denda.

Kesemua tertuduh berusia 20 hingga 47 tahun dibenar ikat jamin RM3,500 sementara tertuduh berusia 14 tahun dikenakan jaminan RM2,000.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE