fb fb fb fb fb

Van Gaal menghidap barah prostat

(FOTO AFP)

THE HAGUE, 4 April - Ketua jurulatih skuad bola sepak Belanda, Louis Van Gaal mendedahkan dirinya didiagnosis sakit barah prostat.

Bagaimanapun beliau masih bersemangat untuk memimpin pasukannya menyertai Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ketika bercakap kepada Stesen Televisyen Jerman (RTL), Van Gaal berkata sehingga kini beliau telah menjalani 25 rawatan radioterapi.

Dia dikesan menghidap penyakit barah itu selepas diagnosis pada tahun 2020 dan mula menjalankan rawatan tahun lalu.

Belanda diletakkan dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Qatar, Ecuador dan Senegal dalam undian Piala Dunia 2022 di Doha pada Jumaat.


(Ketua jurulatih skuad bola sepak Belanda, Louis Van Gaal (tengah) ketika perlawanan
persahabatan di antara pasukan Belanda 
menentang Jerman pada 29 Mac 2022/AFP) 

Dalam pada itu, berita kesedihan Van Gaal turut mendapat simpati ramai pihak.

Kelab Bola Sepak Manchester United melalui catatan di laman tweeter menyatakan semua pemain dan kakitangan 'Red Devils' sentiasa berada dibelakangnya dan terus menyokong penuh usaha bekas pengurusnya itu dalam perjuangan melawan penyakit barah.

Kesemua mereka mendoakan agar Van Gaal cepat sembuh, terus kuat dan berani menghadapi penyakit berkenaan.

Bekas penyerang England, Gary Lineker melalui tweeternya turut menyatakan ucapan selamat dan berharap Van Gaal sembuh sepenuhnya. -AFP

Media Baharu