fb fb fb fb fb

2,000 pendengar LABUANfm hadiri Konsert Hiburan Tanpa Henti 2025

Peminat dan pendengar LABUANfm hadir memeriahkan Konsert Hiburan Tanpa Henti 2025 / Foto RTM

LABUAN, 2 November - Hampir 2,000 peminat dan pendengar LABUANfm hadir pada Konsert Hiburan Tanpa Henti (HTH) 2025.

 Ia menampilkan artis jemputan dan tempatan antaranya, Datuk Francissca Peter, Amelina, Zarul, Amir Masdi dan Didie Shazry.
 
Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Howard Martin Kim Sung berkata, konsert HTH merupakan adaptasi daripada segmen Variasi iaitu Segmen Hiburan Tanpa Henti yang bersiaran setiap hari dari pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang di LABUANfm.
 
Dengan tema Legasi X Generasi, penganjuran edisi ketiga itu menggabungkan penyanyi lama dan baharu sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang sentiasa memberi sokongan kepada stesen itu.
 
Selain beramah mesra dengan DJ stesen, konsert berdurasi 2 jam itu turut menampilkan Dauntless Band, Dansa Art, Syafiqah, Zawawi dan pengacara Rendy Ricky.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Saifuzzaman Yusop, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Howard Martin Kim Sung @ Cornelius, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.
 

EMMI NORALIZA ADNAN