AMSTERDAM, 12 April- Skuad bola sepak Belanda kini boleh menarik nafas lega apabila jurulatihnya, Louis van Gaal dilaporkan telah kembali cergas.
Van Gaal turut akui rawatan kanser prostatnya sudah berjaya dan akan membimbing skuad Oranje ke pusingan akhir Piala Dunia.
10 hari lalu Van Gaal menerima rawatan sejak didiagnosis pada 2020 tetapi masih merancang untuk memimpin pasukannya ke Piala Dunia Qatar yang akan berlangsung tujuh bulan lagi.
Jelas beliau, dia telah menjalani 25 sesi kemoterapi sebelum perlu tunggu lima atau enam bulan untuk melihat sama ada ia berjaya atau sebaliknya.
(Van Gaal didiagnos kanser prostat pada 2020/AFP)
Bekas jurulatih Ajax, Barcelona, Bayern Munich dan Manchester United turut dilaporkan telah menjalani pembedahan.
Van Gaal membimbing Oranje antara 2000 hingga 2002 dan 2012 hingga 2014, ketika mereka meraih tempat ketiga Piala Dunia Brazil.
Pada kempen Piala Dunia 2022, Belanda diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Qatar, Ecuador dan Senegal dalam undian Jumaat lalu. -AFP