KUALA LUMPUR, 12 April- Badan baharu, Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) akan memulakan tugas pertama mereka dengan memberi fokus terhadap pembangunan sukan tersebut di peringkat akar umbi.
Perkara itu disuarakan Presidennya, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman.
Jelas beliau, buat permulaan ini MSC akan memberi fokus kepada saingan domestik terutamanya Sukma serta Piala Presiden MSC.
(Presiden Konfederasi Sepaktakraw Malaysia, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman)
"Pada 2022 kami akan fokus kepada SUKMA dan para SUKMA, dalam masa kami juga bercadang untuk mengemukakan penganjuran Piala Presiden MSC di setiap negeri pada 2025."
Datuk Indera Suhaili ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama media di Sime Deby Convention Centre Kuala Lumpur.