BUKIT JALIL, 12 April- Atlet Petanque wanita negara, Nurashimah Senin menyifatkan temasya kali ini sebagai medan terbaik menamatkan penantian emas bagi skuad triples.
Sandaran negara berusia 25 tahun bersama rakan sepasukan hanya memperoleh pingat perak dalam dua edisi Sukan Sea sebelum ini.
Jelas beliau sudah tiba masanya skuad wanita negara memecah dominasi acara triples yang sebelum ini dikuasai Kemboja dan Laos.
"Bagi temasya kali ini saya lebih bersemangat berbanding temasya sebelum ini, dan juga berasa lebih yakin,"
"Saya ingin buktikan saya mampu meraih pingat emas, dalam masa sama mencipta rekod baharu daripada pasukan wanita," jelasnya Nurashimah kepada pemberita di Bukit Jalil.
(Atlet Petanque wanita negara, Nurashimah Senin)
Untuk rekod, skuad triples wanita berjaya meraih dua pingat perak dalam semasa Sukan Sea edisi 2017 dan 2019.
Skuad negara berjaya membawa pulang satu emas, satu perak dan dua gangsa pada edisi 2019.
Sukan Sea Vietnam dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 23 Mei depan.