fb fb fb fb fb

'Syukurnya Syawal': RTM sajikan pelbagai program menarik Aidilfitri ini

KUALA LUMPUR, 12 April - Program Khas Syawal 2022 Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertemakan “Syukurnya Syawal” akan mewarnai rancangan televisyen tempatan bermula 3 Mei depan.

Seiring tema tersebut, RTM menerusi tiga saluran utama iaitu TV1, TV2 dan TV Okey menyediakan program keagamaan, telefilem, drama bersiri, dokumentari, majalah dan hiburan khas sempena Aidilfitri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu akan dimulai dengan siaran langsung 'Gema Takbir 2022' pada malam raya yang memaparkan topik sambutan raya dari sudut pandangan Islam diselangi takbir dan nasyid raya.

"Lebih 30 program televisyen akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan nanti.

"Selain program televisyen, 34 stesen radio RTM juga menawarkan sajian program yang unik dan menarik menerusi stesen-stesen radio RTM seluruh negara," katanya pada Majlis Apresiasi Bersama Media sempena Program Khas Syawal 2022 RTM di Bangsar South City Kuala Lumpur, di sini.

Antara program lain termasuk, 'Borak Raya', 'Raya Sakan', Konsert Minggu Ini: Datuk Seri Siti Nurhaliza serta pelbagai drama khas raya antaranya; telefilem Raya 3 Rasa', Panggung Syawal "Ramona Bertanding Ketua Kampung" dan banyak lagi untuk tontonan seisi keluarga.

Manakala untuk stesen radio, antara program yang akan disiarkan untuk pendengar ialah 'Badindang Raya' di LABUANfm; Dokumentari Khas Aidilfitri: Wira Samudera di Nasionalfm serta drama khas di Radio Klasik berjudul 'Ketupat Palas Serunding Daging'.

Media Baharu