fb fb fb fb fb

Undian Piala Dunia FIFA 2022 malam ini

KUALA LUMPUR, 1 April - Bahang Piala Dunia Qatar 2022 semakin dirasai peminat bola sepak di Malaysia apabila tepat pukul 11.30 malam ini, majlis undian Piala Dunia FIFA 2022 akan dilangsungkan dari Pusat Konvensyen Dan Pameran Doha (DECC) Qatar dan bakal dipancarkan secara langsung di saluran Sukan RTM.

Undian malam ini dilihat menarik apabila pasukan nombor satu dunia iaitu Brazil, Belgium, Argentina, England, Sepanyol serta Portugal menjadi antara pasukan pilihan.

Manakala ketiadaan juara Eropah, Itali akan memberi cabaran berbeza pada edisi ini khususnya pada juara bertahan, Perancis.

Juara Piala Dunia empat kali, Jerman dilihat bakal memberi cabaran paling sukar kepada Belanda dan Croatia.

Juara Afrika, Senegal bakal berdepan Poland dan wakil dari Asia, Jepun.


(Gambar fail)

Sebanyak 29 pasukan akan diundi malam ini manakala nasib tiga lagi pasukan akan diketahui kemudian bagi melengkapkan senarai 32 pasukan bertanding.

Konflik Rusia dan Ukraine telah menyebabkan aksi separuh akhir penentuan kelayakan antara Ukraine dan Scotland ditangguhkan sehingga Jun dan pemenang perlawanan itu akan menentang Wales untuk ke Qatar.

Manakala dua lagi perlawanan membabitkan Australia atau Emeriah Arab Bersatu (UAE) menentang Peru dan Costa Rica berdepan New Zealand akan dilangsungkan pada Jun.

Undian disertai delegasi Malaysia yang diketuai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Media Baharu