IPOH, 1 April- Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berharap isu gaji yang dihadapi pasukannya dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Menurutnya, beliau tidak sanggup memikirkan masalah yang dihadapi pasukan berkenaan, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Pengendali berusia 46 tahun itu juga menyuarakan pendirian tidak akan meninggalkan pasukan tersebut dalam situasi genting ini.
"Seandainya saya berhenti hari ini, apa akan jadi kepada para pemain saya, mereka juga bermotivasi seperti saya.
Jika dilihat, para pemain yang hadir malam ini semua kerana mereka sayangkan pasukan, jadi kami rasa seperti sebuah keluarga, perjuangan kami sebenarnya masih panjang tetapi kami mengharapkan sinar di hujung terowong," katanya dalam sidang media selepas perlawanan antara Perak FC dan Kijang Rangers FC di sini.
(Yusri Che Lah, Jurulatih Perak FC)
Tambahnya, beliau sentiasa berhubung dengan pemilik pasukan, Impact Media and Communication (IMC) Sdn Bhd bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kemelut tersebut.