fb fb fb fb fb

Qatar sudah bersedia anjur Piala Dunia FIFA 2022 - Hamidin

DOHA, 1 April - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan Qatar sudah bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022.

Jelas beliau, sepanjang berada di Qatar, dilihat venue-venue dilihat sudah sedia malah kemeriahan menjelang sepak mula 21 November 2022 juga sudah terasa.

"Persiapan yang diadakan di benua Asia ini dan pertama di Timur Tengah disifatkan sebagai sempurna dan sudah siap setahun awal."

"Apa yang paling utama ialah, seluruh keluarga bola sepak dunia hari ini berkumpul buat pertama kali selepas dikekang dengan penularan COVID-19. Justeru dengan kejayaan kongres yang kemudian disusuli dengan majlis undian Piala Dunia hari ini, ia adalah perkembangan positif yang terbaik buat sukan bola sepak," kata Hamidin ketika beliau mengetuai delegasi negara ke Kongres FIFA ke-72 di Pusat Konvensyen dan Pameran Doha (DECC), di sini.

Kongres FIFA ke-72 itu akan diikuti dengan majlis undian Piala Dunia 2022 pada malam ini (1 April) dengan majlis terbabit turut disertai delegasi Malaysia.


(Kongres FIFA Ke-72 berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Doha (DECC) Qatar/FAM)

Sementara itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika dalam kongres menyatakan hasratnya bertanding semula pada 2023 selain menekankan beberapa topik utama iaitu dana pembangunan 'FIFA Forward' ditingkatkan kepada 25 peratus bagi setiap negara gabungan.

Dalam masa sama, Infantino turut memberikan fokus terhadap aspek pelaburan dalam pembangunan bola sepak dan penyelesaian konflik peperangan negara anggota.

Selain itu, agenda lain kongres termasuklah undian mengenai cadangan untuk meminda statut dan Peraturan Tetap Kongres serta perbincangan cadangan yang dikemukakan dengan sewajarnya oleh ahli gabungan dan ahli majlis.

Media Baharu