KLEBANG, 26 Mac - Menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke 20 (XX) , Melaka kini sudah menyiapkan atlet bagi 21 acara sukan daripada keseluruhan 31 acara.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, V P Shanmugam berkata, pihaknya bakal mengadakan mesyuarat bagi memastikan Melaka menghantar atlet bagi kesemua 31 acara berkenaan.
Bagaimanapun katanya, walaupun 10 acara sudah dikenal pasti atlet yang bakal mewakili negeri Melaka, namun persediaan masih belum berada di tahap terbaik berbanding 21 acara sukan yang lain.
Katanya, Melaka bakal menghantar lebih 400 anggota SUKMA pada kali ini.
(Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, V P Shanmugam)
"Negeri Melaka dalam persediaan menyiapkan kesemua 31 permainan ahli yang bakal menyertai semua pertandingan. Masalah kita sekarang adalah kita difahamkan sebelum ini ada 21 jenis pertandingan tetapi sekarang telah jadi 31 jenis pertandingan, minggu lalu telah berlangsung mesyuarat", katanya kepada media semasa Kejohanan Ragbi Liga Melaka, di sini hari ini.
"Maka kita tengah mengumpul balik dalam masa terdekat, saya akan panggil mesyuarat. Selaku Exco Belia dan Sukan untuk memastikan Melaka terlibat dan mengambil bahagian dalam kesemua 31 acara sukan tersebut.
Mengulas lanjut berkenaan Kejohanan Ragbi, beliau berharap sukan itu dapat terus diangkat sekali gus membuka pintu buat pemain muda khususnya untuk menyertai sukan itu.