fb fb fb fb fb

MOM batal keahlian Malaysian Dance Sport Berhad

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sah membatalkan keahlian ahli bersekutunya, Malaysian Dance Sport Berhad (MDSB).

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas persatuan itu tidak lagi diiktiraf oleh World Dance Sport Federation (WDSF).

Menurut Tan Sri Norza, keputusan tersebut diambil berpandukan artikel 24.2 dan 36.1 perlembagaan MOM.

(Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mempengerusi Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM hari ini/FOTO BERNAMA)

"Keputusan diambil setelah mendapat konsultasi daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), WDSF dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia," katanya kepada media selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM di sini hari ini.

Tambah beliau, keputusan itu tidak akan menjejaskan penyertaan atlet sukan terlibat yang akan bertanding di sukan Sea Vietnam Hanoi pada Mei akan datang.

Media Baharu