KUALA LUMPUR, 21 Januari - Tiada penyingkiran diumumkan pada minggu kedua konsert Bintang RTM 2024 yang berlangsung di Auditorium Sri Angkasa malam tadi.
Juri tetap, Syafinaz Selamat berkata kesemua 14 peserta Bintang RTM berpeluang membuktikan kemampuan mereka pada minggu ketiga yang dijadualkan 27 Januari depan.
“Jadi kita beri mereka peluang satu lagi minggu untuk membuktikan kemampuan mereka kerana kita tahu pentas televisyen ini bukan suatu yang mudah.
“Memang menyanyi di luar lain, menyanyi dalam rumah lain, kat Instagram lain dan bila berada di atas pentas besar seperti ini, (memang) rasa gemuruh lain macam dan berbeza,” katanya pada sidang media selepas konsert Bintang RTM di Auditorium Sri Angkasa, malam Sabtu.
Sementara itu, juri jemputan Datin Alyah memilih Sharifah Nurilmuhayati atau lebih mesra dikenali Scha Nuril, sebagai peserta terbaik.
Scha, 26, berasal dari Kuala Lumpur berjaya memukau penonton dengan kelunakan suaranya menerusi lagu Colours Of The Wind telah merampas takhta daripada Roxy pada minggu lepas.
Noy pula menjadi peserta terbaik pilihan penaja minggu ini.
Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, terdiri daripada LY, Datuk Syafinaz Selamat dan Raja Sham.
Konsert Bintang RTM 2024, dihoskan oleh Awal Ashaari.
Bintang RTM 2024 disiarkan TV2 setiap Sabtu pada 9 malam, mulai hari ini.
Siaran langsung juga boleh diikuti dengan melayari RTMKlik di www.rtmklik.rtm.gov.my dan radio rasmi adalah NASIONALfm.
Kesemua peserta bakal berentap merebut gelaran juara pada konsert akhir dijangka 24 Februari depan.
BERITA BERKAITAN: