fb fb fb fb fb

'Rock Legends Live At Saloma KL' himpun legenda rock tanah air

Penganjur, Datin Seri Ismariza Che Umar dan Mubarak Akhtar bersama artis-artis yang akan membuat persembahan pada 'Rock Legends Live At Saloma KL'

KUALA LUMPUR, 28 November - Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini.

Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya seperti Apo Nak Dikato, Masih Aku Terasa, Tiada Lagi Aku dan Takdir dan Waktu.

Penganjur, Datin Seri Ismariza Che Umar dan Mubarak Akhtar, berkata gabungan legenda tersebut dijangka mencetus nostalgia sekali gus menghidupkan kembali semangat rock era kegemilangan.

“Kami yakin Saloma KL akan bertukar menjadi dewan karaoke terbesar pada malam itu,” kata mereka.

Showcase julung kali ini bakal menjadi malam penuh energi, mempertemukan peminat setia dengan wajah-wajah ikonik rock Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE