fb fb fb fb fb

Rapper Coolio meninggal dunia akibat terlebih dos dadah

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 7 April-Pengurus bekas penyanyi rap Coolio mendedahkan kematian penyayi itu disebabkan akibat kesan fentanyl iaitu iaitu sejenis ubat tahan sakit serta heroin dan syabu.

Coolio atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr, meninggal dunia pada September 2022 di kediaman rakannya disini.

Collio 59 tahun dilaporkan mengalami penyakit jantung dan asma dan telah mengambil phencyclidine atau PCP, sejenis dadah yang dapat menyebabkan kecelaruan mental dan emosi menerusi laporan yang dikeluarkan Koroner Los Angeles.

Jarez Posey yang juga sahabat dan bekas pengurus penyanyi berkenaan memberitahu TMZ, sebuah laman berita selebriti, Coolio ditemui tidak memberi sebarang tindak balas ketika ditemui di bilik mandi.

Collio disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penyanyi rap tersohor itu memulakan kariernya di California pada penghujung 80-an dan menempa populariti pada 1995 setelah lagu "Gangsta's Paradise yang dimuatkan dalam album runut bunyi filem "Dangerous Minds" mencipta fenomena.

Mendiang memenangi angerah Persembahan Rap Solo terbaik pada tahun 1996 dalam majlis Anugerah Grammy.

Album Dangerous Minds terjual laris di seluruh dunia dan Gangsta's Paradise menduduki carta pertama di 16 buah negara dan menjadi lagu paling popular di Billboard pada 1995.-AFP


(Penyanyi rap Coolio/FOTO AFP)

Media Baharu