fb fb fb fb fb

Ziana Zain bakal lancar lagu duet bersama penyanyi baharu

(Ziana Zain)

KUALA LUMPUR, 7 April- Penyanyi, Ziana Zain bakal mengubati kerinduan peminatnya menerusi lagu baharu yang bakal dilancarkan pertengahan tahun ini.

Ziana berkata, lagu berkenaan adalah duet bersama seorang penyanyi baharu yang masih dirahsiakan identitinya.

Kongsi Ziana, melodi indah lagu itu berjaya menambat hatinya dan ia sudah selesai proses rakaman bulan lalu.

"Harap terubatlah rindu peminat-peminat. Pasangan duet saya lelaki tetapi rahsia," katanya kepada pemberita di Majlis Malam Kasih Ramadan di sini.

Populariti Ziana Zain atau nama sebenar Siti Roziana Zain, 55, mula meledak selepas mengeluarkan album sulung berjudul "Madah Berhelah" dan dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Asia Tenggara.

(Ziana Zain)

Media Baharu