(IG iamrosyam)
KUALA LUMPUR, 9 April- Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor selamat menimang cucu kelima, awal pagi semalam.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Rosyam menerusi catatan di Instagram meluahkan rasa syukurnya selepas kelahiran bayi berkenaan di bulan Ramadan yang mulia.
Menerusi perkongsian tersebut, Rosyam kelihatan sangat teruja dapat mendukung cucu perempuannya itu yang sedang menangis.
“Alhamdullilah. Hadiah besar dari Allah pada Ramadan kali ini.
"Lahir seorang lagi cucu penyambung zuriat aku jam 2.38 pagi tadi (semalam). Mak dengan ayahnya big boss @adraabyrosyam minta aku berikan nama,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Rosyam turut menyatakan buat masa kini dia masih belum memikirkan nama cucunya itu.
(Tangkap layar video 'Reels' di instagram Rosyam Nor/IG iamrosyam)
“Alhamdulillah semua orang tahu yang saya post dekat Instagram saya dapat cucu yang kelima, perempuan lagi.
"Nama dia belum lagi, saya tengah fikir lagi,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reaksi yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada penerbit itu.
Tidak kurang juga yang memuji penampilan Rosyam yang pernah mendapat jolokan 'Hero malaya' suatu ketika dahulu masih segak walaupun sudah mempunyai lima cucu.
"Macam mana dah ada lima cucu tapi masih kacak?' memtik salah satu komen.
Perkonsian itu mendapat lebih kurang 578 komen termasuk daripada rakan artis seperti Linda Rafar, Izzue islam dan Raja Ilya.
Rakaman video 'Reels' itu turut mendapat lebih 30,00 tanda 'Like'.
"